Rezeki datang sekali sekala, syukur jika ia KENA

Hari tu, tergesa-gesa menuju ke kelas. Seperti biasa saya pandu kereta ke kelas sambil mendengar Ikim.Fm

 

REZEKI DATANG SEKALI SEKALA, SYUKURLAH JIKA IA KENA

 

 

Pada awalnya, saya tidak faham dengan ungkapan tersebut. Tetapi, apabila Ustaz tersebut berkongsi sebuah cerita, barulah saya faham dan cerita tersebut benar-benar menghiris perasaan saya.

 

Puan M, telah lama mendirikan rumah tangga. Dia dan suaminya sangat bahagia. Rumah yang selesa, dan kewangan yang stabil. Cuma, kadang-kala apabila terdengar bunyi riuh dari rumah sebelah hatinya menjadi sedih. Sudah lama mendirikan rumah tangga, tapi belum ada rezeki anak.

 

Pada suatu hari, Pn M bersembang dengan jirannya

“Alangkah bahagianya jika saya ada anak. Tentu hidup saya akan lebih sempurna”

 

Allah itu Maha Kuasa. Setelah beberapa bulan,Puan M disahkan hamil. Berita gembira itu dikongsi dengan suaminya.

Puan M merupakan seorang yang menyukai kesempurnaan. What we call is “perfectionist” Jadi setelah disahkan jantinya anaknya melalu Ultrasound, Puan M telah menyediakan pakaian yang seuai dengan jantina anaknya, dari pakaian bayi baru lahir until for 6month old baby. Begitu juga dengan bilik bayi, serta alat permainan bayi. Dari mainan bayi sehingga mainan buat kanak-kanak lelaki yang berusia setahun.

 

Setelah anaknya lahir, Puan M merasakanhidupnya telah sempurna. Dia sanggup berhenti kerja, supaya dapat menumpukan perhatian kepada anaknya. Seperti yang kita tahu, sifat Paun M yang sukakan kesempurnaan itu, membuatkan Puan M inginkan kesempuraan dalam setiap aspek. Aspek penjagaan anak, penjagaan rumah dan sebagainya.

 

Setelah beberapa tahun berlalu, anak Puan M semakin membesar. Kalau tidak silap, anaknya sudah mencapai usia 5 tahun. Akan tetapi, Puan M mempunyai satu maslaah besar dengan sikap anaknya. Anaknya mempunyai sikap yang bertentangan dengan ibunya. Suka menyepahkan rumah, mengoyak surat khabar, mengotorkan rumah, menarik langsir.. anaknya langsung tidak berdisplin. Ini membuatkan Puan M sangat tertekan dan marah.

 

Rumahnya tidak sekemas dan sebersih dahulu. Puan M menjadi stress dan sering berkasar dengan anaknya.Pada suatu hari, Puan M telah menghubungi sahabatnya, dan menjemput mereka untuk makan.

 

Pada petang itu, Puan M telah selesai mengemas rumah dan memperingati anaknya supaya tidak menyepahkan rumah. Selepas itu, dia ke dapur untuk memasak. Setelah siap, dia ke ruang tamu dan terkejut melihat keadaan rumahnya. Semuanya tunggang tebalik, dan cebisan surat khabar ada di mana mana.

 

Kerana terlalu marah, dia menjerit meanggil nama anaknya. Itulah kali pertama, dia menjerit begitu kuat sehingga anaknya terlalu terkejut dan berlari. Puan M mengejar anaknya. Anaknya itu, terus berlari keluar dan menghala ke jalan raya dihadapan rumahnya. Puan M yang berang terus mengejar sehingga  tiba-tiba dia terdengar suatu bunyi hentaman yang kuat dan terasa ada percikan air diwajahnya. Dia terdiam, dan melihat itu adalah darah anaknya dan jasad anaknya kaku di depan matanya. 

 

Dia merangkul tubuh anaknya, dan membawanya ke hospital. Sepanjang perjalanan ke hospital Puan M menangis dan berdoa supaya Allah memberikannya peluang kedua kerana dia sedar dia sering berkasar dengan anaknya, dan dia berjanji akan menjadi ibu yang penyayang, tetapi Alalh lebih sayangkan anaknya. Anaknya disahkan meninggal dunia.

 

Puan M sangat sedih dan berkata pada dirinya“Aku bukanlah ibu yang baik” 

 

Selepas kematian anaknya, Puan M menjadi sangat tertekan. Setiap malam,dia akan ke bakul sampah, mengeluarkan cebisan-cebisan kertas yang dikoyakkan anaknya, menaburkannya di ruang tamu dan menangis. Puan M baru sedar, itulah kegembiraan yang sebenarnya. Kenakalan anak itu adalah suatu nikmat jika dia menghayatinya, tapi sayang.. dia telah mengabaikannya..

 

Benarlah, rezeki datang sekali sekala, syukur jika ia KENA

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: