BERSIH


Sekalung tahniah bagi mereka yang telah menyertai Demo Bersih pada hari ini. Biarlah apapun yang dikatakan oleh sekelompok manusia. Biasalah, orang Malaysia memang tak suka benda-benda yang baru..

Bila dahulu Tun Mahatir memperkenalkan “kereta Malaysia” ramai dengan suara yang sinis mengatakan “ala mcm tin milo jer?”

Benda yang sama berlaku bilamana Tun ingin membina KLCC, Litar Sepang, KLIA dan sebagainya. Akhirnya puak-puak inilah yang menutup mula. Ibarat kata orang putih

“Do not spit on the air because it will land directly on your face”

Waktu ni jugalah ulama-ulama yang berkhidmat kerajaan yang selama ini sibuk berdiam diri, mengeluarkan hujah masing-masing.

HARAM!! Kata mereka.

Erk, Ustaz.. Konsert Adam Lambert (The Gay Icon) tu halal ke?

Selama ni Ustaz Harussani Zakaria sahajalah yang berani bersuara dan tidak takut pada mana-mana pihak. Baguslah, itu yang kita mahu. Takutkan Allah, bukan takut pada manusia.

Oh tidak lupa juga pada kata kata Ustaz Haron Din

“Hanya golongan ulama sejati yang berani mengeluarkan kenyataan yang benar walaupun sedar diri terpaksa berhadapan dengan sebarang kemungkinan,”

Salute you 🙂

Btw lets back to our main point BERSIH.

Kesian tengok mereka yang di pukul, dan dilayan dengan teruk. Percayalah, semua pengorbanan kalian tentu telah Allah sediakan ganjarannya.

Percayalah, tujuan BERSIH bukan untuk melahirkan generasi yang suka memberontak. Tapi ingin pemerintah sedar, negara ini adalah milik rakyat. Bukan milik pemerintah. Seperti mana yang berlaku di Mesir baru-baru ini. Bila kita diam, apa yang kita dapat? Habuk pun tarak.

Ada segelintir yang berkata.. “Oh Malaysia kan dah aman, bagus, sejahtera.. apa nak heboh-heboh lagi?”

Itulah orang-orang yang benar-benar hipokrit yang hanya memandang periuk nasi mereka tanpa mengira peduli nasib orang lain yang sengsara. Malaysia ini tidak seindah yang kita sangka.. percayalah. Banyak perkara yang tidak kita ketahui.

Banyak yang mengeluh, bagaimana mereka telah mengalami kerugian disebabkan oleh BERSIH. Kerugian pada hari ini, InshaAllah akan diganti dengan kebaikan pada muka hari, jika kita mengabil iktibar daripada apa yang berlaku hari ini.

Berkorbanlah, jangan asyik mengeluh.

Revolusi itu tidak berlaku dengan berdiam diri. Revolusi itu tidak berlaku dengan menyalahkan dan mengejek orang yang mengubah sesuatu yang lama. Revolusi  hanya bagi mereka yang berani, sayangnya mereka yang berani itu akan terkorban dan hasil kejayaan mereka dirasakan oleh mereka yang berdiam diri itu.

Saffa Islam

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: