~Halaqahku-:-Manhajku~

Halaqah? Apa itu? Sebuah bulatan je ker? Bulatan apa plak???

Hmmm bulatan untuk apa? Halaqah adalah satu kiasan untuk sejenis bentuk hubungan atau bonding antara beberapa manusia yang sama fikrah, iman dan tujuan.. yang sama2 mendapatkan,berkongsi ilmu..hubungan bonding ini disebut “”bulatan” kerana bulat adalah sebuah bentuk tiada bucu,tiada batasan~

Halaqah inilah yang membentuk sebuah usrah (family). Hubungan kekeluargaan yang tidak pernah berdasarkan etnik, warna kulit, tinggi, berat badan dan extra dextra.. Bagi ana sendiri, pertama kali ana terlibat dengan usrah pada tahun 2006, sewaktu join mentoring dengan akhwat2 disini. Tapi pada waktu itu, bagi ana..usrah hanyalah suatu “tarbiyah” dan begitulah ~ angin yang berlalu~ tapi pada tahun 2008 ketika mendapat “sebuah program” dari ukthi2 dari “M” baru ana merasakan apakah itu erti sebenar tarbiyah..

Barulah ana merasakan betapa besarnya “tujuan penciptaan diri ini” dan matlamat yang perlu ana capai..

7steps

Ok mule2 biar ana jelaskan tentang 7 anak tangga yang telah ana lukiskan dari paint..maaflah huduh, hehe, ana belajar medic, bukan arts kan =P 

Anak tangga yang pertama adalah individu muslim. Ertinya kita memasukkan diri kita secara kafah (sempurna) dalam Islam. Ertinya kita benar2 meninggalkan jahiliah dan tidak memilih toghut. Kita hanya ada satu pilihan, yakni Islam.. kalau tinggalkan ISLAM jahiliah lah kite,, kalau nak Pilih ISLAM tinggalkan TOGHUT sepenuhnya! Kalau kita dah berjaya step ini, barulah kita benar2 jadi Muslim sepenuhnya..InshaALLAH~

Allah SWT berfirman : “Wahai orang-orang yang beriman!Masuklah kamu ke dalam Islam secara kaffah(menyeluruh),dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan,kerana sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagu kamu”.       [Al-Baqarah:208]

okie,sekarang tingkat ke-2.. baitul muslim, well baitul muslim tue..ertinya bila kita telah meng”islam”kan keluarga kita. bukan sahaja ISLAM kan diri, tapi akidah, ruhiyah, dan semuanya ISLAM.. Rasulullah s.a.w pernah bersabda, “baiti jannati” rumahku syurgaku, alangkah bagus nya kalau rumah kita itu adalah benar2 persekitaran yang islamic yang dapat membawa diri kita dan keluarga kita menuju kebenaran dan memenuhi haq2 Muslim! mashaALLAH =)

mengaji
Step ke3, adalah masyarakat muslim..ikut logic, kalau kat suatu tempat tue, dah ada beberapa kelompok keluarga muslim, mesti akan lahir masyarakat muslim, sebagaimana yang terjadi di zaman Rasulullah s.a.w ..

Step ke 4.. adalah kerajaan Islam, disini tak banyak beza dari yang atas. Apabila telah ada community muslim, kemudian lahirlah kerajaan Islam. Kalau kita tgk negara tercinta kita sendiri.. sekarang inshaALLAH kita dapat bayangkan Islam menaungi pemerintahan negara kita..dan seperti zaman khalifah dahulu.. setelah Islam disebarkan di negara2 sekitar, diutus gabernor2 dan mereka memilih suber Qur’an dan hadeeth, sebagai sumber pemerintahan mereka, dan terbentuklah pemerintahan Islam.. tapi sekaranglah, banyak je orang menggunakan nama “islam” dalam politic, tapi tak bawa kesan pun… kesiannya umat kita dibodohkan macam tu je, bukan tempat kita jer, tapi negara2 lain juga. Cuba lihat Jordan, Lebbanon, dan Turkey..hmm hancur.. negara ISLAM tanpa PEMERINTAHAN islam? Wallahi, demi ALLAH  kita benar2 tersesat, nauzubillah min zalik *sedih =( *

Yang seterusnya adalah…daulah Islam..daulah ni lebih besar skopnya dari kerajaan..lebih dari pemerintahan, tapi belum sampai tamadun… daulah ini adalah suatu kerajaan islam yang sepenuhnya mengamalkan konsep2 islam, dan ia tersebar di beberapa tempat yang lain,yang berhampiran.. lebih kurang cam tue lah..

Next step, Tamadun , atau empire Islam. *terhenti* mesti teringat sejarah ISLAM yang dulu2, waktu zaman Abasiyah, Uthmaniyah and Umayah. mashaALLAH sewaktu ISLAM conquer 2/3 dunia, dan KE KHALIF-an ISLAM beridiri megah..

Yang terkahir, adalah ustiazatul alam…dimana BUMI ini spenuhnya ISLAM. ISLAM, hanya ISLAM, tiada thogut, inshaALLAH . Allah telah menjanjikan hal ini, dan ia akan pasti terjadi.. ameen ( to be continued’ )

Advertisements

1 Comment (+add yours?)

  1. haris
    May 09, 2009 @ 14:18:13

    Jazakallah..

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: