I drift into my own little world
Where the unicorns prance around
And the waterfalls twinkle lightly
As it silently splashes down

The moon sparkles brightly
On the surface of a lake
The mermaids sing so gracefully
leaving happiness in there wake

As I lay down in the tender grass
A gentle breeze blows in my face
I see several pastel colored fairies
hovering in one place

This magnificant world of happiness
Is only to good to be true
This is exactly where I go
When I lay next to you!

under-sun

Advertisements

Menangislah Kamu~

Tears~!
((إذا تتلى عليهم آيات الرحمن خروا سجدا وبكيا)) (مريم: 58)
Maksudnya:
Apabila dibacakan ayat-ayat Tuhan yg maha pemurah maka mereka akan sujud dan menangis.
 (سبعة يظلهم الله في ظله، يوم لاظل إلا ظله: -منها- ورجل ذكر الله خاليا ففاضت عيناه.)
Maksudnya:
Tujuh golongan yang mana Allah naungi mereka di bawah naungannya: -diantaranya- dan seorang lelaki yang mengingati Allah bersendirian lalu mengalir air matanya.
(HR Bukhari dan Muslim)
 
 (لا يلج النار رجل بكى من خشية الله، حتى يعود البن في الضرع)
Maksudnya:
Tidak masuk neraka lelaki yang menangis kerana takut kepada Allah sehinggalah susu masuk ke dalam putingnya kembali (menunjukkan kepada takkan masuk ke neraka lelaki tersebut)
(HR Tirmizi)
 (طوبى لمن ملك لسانه، ووسعه بيته، وبكى على خطيئته)
Maksudnya:
Beruntunglah seiapa yg dapat menjaga lidahnya dr dosa dan kesalahan, rumahnya selesa bgnya dan menangis terhadap kesalahnya.
(HR Thabrani)
 NABI MENANGIS
(عن عبد الله بن الشخير قال: (رأيت رسول الله صلى الله عليه وسلم يصلي بنا، وفي صدره أزيز كأزيز المرجل من البكاء
Maksudnya:
Abdullah bin syikhir berkata: “Aku melihat Rasulullah s.a.w bersembahyang menjadi imam kami dan dadanya ada mempunyai bunyi esakan kerana menangis seperti bunyi periuk yang menggelegak.”
(HR Abu Daud dan Tirmizi)
 SAHABAT MENANGIS
وعن أنس قال: (خطب رسول الله صلى الله عليه وسلم خطبة ما سمعت مثلها قط، قال: لو تعلمون ما أعلم لضحكتم قليلا ولبكيتم كثيرا. قال: فغطى أصحاب رسول الله صلى الله عليه وسلم وجوههم لهم خنين )
Maksudnya:
Anas r.a berkata: “Rasulullah s.a.w berkhutbah yang tidak pernah ku dengar selama ini.” Baginda berkata: “Kalaulah kamu mengetahui apa yang aku tahu nescaya kamu akan sedikit ketawa dan banyak menangis.” Beliau berkata: “Lalu sahabat2 Rasulullah s.a.w menutup wajah mereka dlm keadaan mereka teresak-esak menangis.
(HR Bukhari dan Muslim)
 UMAR MENANGIS
Abdullah bin Syaddad berkata: Aku mendengar esakan dari tangisan Umar r.a (sedang menjadi imam) ketika aku berada di belakang sof. Beliau menangis ketika membaca ayat:
((إنما أشكو بثي وحزني إلى الله)) (يوسف: 86)
Maksudnya: Aku hanya mengadu kesusahanku dan kesedihanku kepada Allah.
(HR Bukhari)
 UTHMAN MENANGIS
Hanie seorang hamba Uthman telah berkata: Suatu hari Uthman berdiri di tepi kubur sambil menangis sehinggalah basah janggutnya. Lalu ada yang bertanya:”Engkau ingat syurga dan neraka tapi kau tidak menangis, kenapa engkau menangis bila melihat kubur? Beliau menjawab: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda:
(إن القبر أول منازل الأخرة، فإن نجا منه فما بعده أيسر منه. وإن لم ينج منه فما بعده أشد منه)
Maksudnya:
Sesungguhnya kubur adalah tempat persinggahan pertama dalam menuju ke akhirat. Jika seseorang itu selamat ketika berada di dalam kubur maka selepas itu akan menjadi lebih mudah. Jika dia tidak selamat maka selepas itu akan menjadi lebih sukar.
 TANGISAN PARA ULAMA
Suatu hari Fudail bin Iyad membaca Quran surah Muhammad dan menangis. Beliau mengulang-ulang ayat ini:
((ونبلوا أخباركم )) (محمد: 31)
Maksudnya: Dan kami akan singkap dan dedah segala perlakuan mereka.
 Beliau berkata: “ENGKAU DEDAH SEGALA CERITA KAMI dan terus mengulang2 dan berkata: “KALAU ENGKAU DEDAH SEGLA PERLAKUAN KAMI…MAKA MALULAH KAMI DAN ENGKAU SINGKAP SEGALA RAHSIA2 KAMI… KALAU KAU DEDAH CERITA KAMI BINASALAH KAMI DAN KENA AZABLAH KAMI…..
Dan beliau terus menangis..

::My message to u, Ya Da’ie::

Bismillahirrahman- Nirraheem As-salaam’Alaykum waRahmat Allah wabarokatuhu

Beruntung sekali ana, kerana ana dapat menulis kembali setelah lama sungguh ana sibuk dengan urusan dakwah dikampus ana dan dengan studies yang memberi tekanan hebat buat diri ana Kadangkala, seperti insan biasa, ana mudah depress dengan keadaan sekeliling.. dan pernah ana memikirkan meninggalkan organisasi dakwah islam yang sedang ana aktif sekarang. Mungkin kerana tekanan dari study dan tekanan-tekanan lain membuatkan ana sangat lemah dan mudah putus asa Tapi, pada hari ini (20 Mei) seorang akhi telah menyedarkan ana dengan kata-katanya.

Sedang kami dalam sebuah musyawarrah, kami telah diberikan santapan tazkirah dari seorang ustad yang begitu tulus kata-katanya.. dan hampir sahaja ana menangis di tempat itu, kerana kata-kata akhi tersebut, benar-benar memberi sebuah tamparan hebat buat diri ana.. Akhi tersebut telah mengutarakan satu sabda Rasulullah salallah’alihi wassalam yakni ; “Mereka yang tidak mahu berdakwah itu, diberikan pilihan mati dalam keadaan yahudi atau nasrani” Nauzubillah min dzalik, memang benar-benar mendalam kata Baginda s.a.w. Dan ana sedar, dakwah bukan keperluan, tapi kewajiban.. Dan seterusnya, ustad itu menghiburkan kami dengan kisah perjuangan Rasulullah, dan betapa untung kami menyambung tugas Rasulullah dalam urusan dakwah, dan kami adalah generasi (InshaAllah) yang Rasulullah banggakan pada sahabat-sahabat baginda, apabila baginda mengatakan, umat yang baik itu, adalah mereka yang mengikuti sunah Baginda, tapi tidak pernah bertemu Baginda.. Aameen, semoga anda tergolong dalam kelompok itu dan bagi semua yang membaca artikel ini juga Dan fadhilat dakwah itu adalah, Mendapatnya redha Allah (InshaAllah), Mahabat-Allah, Rahmat-Allah, Al Hajrun Mustamir (pahala yang tidak putus-putus) dan Al Hajrun Mudha’ah (pahala yang berlipat).. inshaAllah ana mendoakan diri ana dan semua da’ie di dunia ini mendapat fadhilat-fadhilat tersebut.. inshaAllah

Dan ana amat berterima kasih pada Allah azza wajalla, kerana telah menetapkan iman dalam diri ana yang kerdil dan dhaif ini, dan senantiasa bersama ana, dan menolong ana ketika tiada siapapun yang mampu menolong ana… Alhamdulillah-hirabbil-‘Alamin Semoga, bagi da’ie-da’ie di luar sana, berjuanglah, inilah medan jihad kita… jangan pernah malu dengan ‘ilm yang kurang, kerana mereka yang membantu jalan Allah, pasti Allah membantunya… Ihfazhillah Yahfazhka Wallahu’alim bis-sawwab

Salamun’alaikum warahmat ALLAH wabarokatuhu wamaghfiratuhu

~my soul belongs to Allah alone~